Wednesday, 19 August 2015

Sayur Lemak..Ikan Panggang..Budu...

...Assalamualaikum
Bila dah masuk dapur..tgk dalam peti sejuk ada sayur skit je.. maka jadi la sayur lemak hehehe..
Menu ringkas..keluarga berselera hingga nasi bertambah-tambah..di sebabkan budu serta ikan panggang.. :)
Saya masak ringkas je..Ni cara saya masak sayur lemak.

Sayur ~ kobis,lobak merah(terpulang la nak letak kacang panjang pn boleh) di celur seketika
Garam
Bawang besar
Lada besar
Bawang putih..
Ikan kembung(rebus,ambil isi..)
Santan pekat(terpulang klu nak cair sedikit pn boleh)

Kesemua bahan kat atas tu dimasukkan ke dalam periuk yang berisi sayur yang sudah dicelur.
Masukkan isi ikan kembung yang telah diramas halus..klu nak tumbuk guna lesung batu pn boleh..
Masukkan santan..biar santan mendidih seketika..Jangan sampai menggelegak sudah ye..hehehe nanti pecah minyak ..Perasakan kuah dengan garam dan serbuk perasa.. Siap sudah... :)














Budu



Tuesday, 18 August 2015

Ringkas je cara saya masak nasi ayam..

Assalamualaikum..
Ni resepi nasi ayam ringkas dari saya..

















 Bawang merah,bawang putih dan halia dihiris dan di mayang halus.
Tumis dengan sedikit minyak masak.
Kemudian masukkan air secukupnya serta masukkan ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan.. 

















Air mesti lebih,sebab nanti air rebusan sup ni nak letak dalam nasi.Garam dan serbuk perasa jangan lupa ye..selarikan tahap selera masing2.
Seterusnya cara nak tanak nasi...Bawang merah,bawang putih,halia ditumis menggunakan 2 sudu marjerin..tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan air rebusan ayam td ke dalam periuk nasi.

Langkah seterusnya isi ayam tadi di keluarkan,diperap bersama kicap manis dan sedikit serbuk lada sulah..Setelah itu isi ayam tadi digoreng seketika..terpulang tahap garing isi ayam tu..hehehe
Dah siap ayam kicap kihkihkih..Mintak maaf tak sempat nak kandid gambar perap ayam.


























































































Akhir sekali cara penyediaan sos atau sambal.. 
Cili besar 5 tangkai
Cili padi 2 tangkai
Halia,gula,garam dan sedikit cuka
Kesemuanya dikisar halus...
Salad,timun batang sebagai ulaman..penyeri selera..
Siap untuk menu tengahari.. 
Selamat mencuba.. ;)















Thursday, 9 April 2015

Aktiviti persediaan menulis :)

Seronok menulis atas pasir!
Belajar pegang pensel dengan betul
 Assalamualaikum...sudah bersawang entri ni agaknya.. Kesibukan membuatkan saya tiada kesempatan mengemaskini aktiviti pelajar saya.Kali ni saya nak kongsi sedikit info tentang teknik untuk persiapan pelajar sebelum menulis.
Kebiasaannya kita sering di dedahkan dengan aktiviti bermain plastisin di setiap tadika.Tahukah sahabat semua mengapa,kenapa dan bagaimana aktiviti bermain plastisin membantu mempersiapkan diri kanak-kanak tadika untuk menulis?
Mengenggam,menguli dan membentuk plastisin merupakan salah satu proses kemahiran melembutkan jari jemari kanak-kanak sebagai persediaan untuk memegang pensel dengan teknik yang betul.
Oleh yang demikian sebagai seorang guru tadika kita perlu mempelbagaikan aktiviti kepada setiap pelajar yang masih belum mahir memegang pensel.Sebagai contoh guru boleh membalut pensel dengan menggunakan plastisin,kemudian plastisin tersebut dibalut dengan kertas. Tujuan pensel dibalut plastisin serta kertas adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengenggam pensel ketika sesi menulis.
Selain itu guru boleh menggunakan pasir pantai yang halus umtuk pelajar mengenggam pasir bagi menguatkan jari jemari mereka sewaktu memegang pensel.Usah risau hasil tulisan pelajar yang masih kurang kemas sewaktu menulis..
Mewarna adalah satu cara memperbaiki mutu hasil kerja


















Guru perlu memupuk sikap terhadap pelajar supaya mencuba memperbaiki mutu tulisan apabila mereka sudah mahir menggunakan pensel dengan teknik yang betul.Bimbingan serta galakan positif  perlu selari agar pelajar lebih berusaha untuk meningkatkan mutu hasil kerja mereka. Pujian terhadap hasil kerja mereka dapat membantu mereka menambah baiki kelemahan tanpa ada sebarang tekanan daripada guru atau pelajar lain.
Insya Allah,pelajar akan seronok  serta berkeyakinan diri apabila sesi menulis dijalankan bersama-sama guru di dalam kelas.
Selain daripada itu guru juga boleh melakukan aktiviti membasuh sehelai tuala kecil menggunakan tangan.Mereka akan mempelajari beberapa perkara tanpa mereka sedari bahawa ia merupakan salah satu cara untuk melatih jari jemari mereka sebagai persediaan untuk menulis. Membasuh,memerah dan melipat tuala akan memberi pengalaman baru bagi pelajar yang kurang berminat terhadap aktiviti menulis oleh kerana tiada keyakinan diri.
Diharap apa yang saya kongsikan disini dapat membantu cikgu dalam memberi ilmu terhadap pelajar di tadika...
Bersambung di lain masa...

Thursday, 19 February 2015

Jom Bina Perkataan...

Alhamdulillah..Tuan Muda Hanif dan Munif berjaya membina perkataan dari suku kata terbuka melalui teknik mendengar sebutan dan gaya dari Puan Guru.
Mereka berdua sungguh seronok bermain-main suku kata tanpa menyedari bahawa mereka sedang belajar membaca.
Ini merupakan salah satu kaedah untuk menarik perhatian anak -anak membaca tanpa menggunakan buku semata- mata..Selain daripada itu juga mereka meneroka perkataan baru menerusi suku kata yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesi pembelajaran..
Mudah...murah...paling penting mereka seronok dan matlamat Puan Guru untuk sesi membaca tercapai... :)

Saturday, 14 February 2015

Kelas Membaca...Februari Yang Menyeronokkan!!

Alhamdulillah..selesai kelas membaca secara percuma selama 2 jam Tadika Didik Bijak Bestari,Gong Badak..
Sesi bermula dengan memperkenalkan diri agar mereka mengenali antara satu sama lain serta dapat meningkatkan keyakinan dalam diri Tuan Muda dan Cik Puan Muda dengan berani tampil bercerita di khalayak ramai.
Tuan Muda dan Cik Puan Muda sungguh seronok..dan semakin yakin apabila diberi sedikit tugasan membina perkataan terbuka.
Puan Guru turut serta mendorong mereka dengan kata-kata semangat untuk membina perkataan daripada suku kata yang disediakan terlebih dahulu.
Kelihatan Tuan Muda dan Cik Puan Muda gembira apabila berjaya membina perkataan-perkataan yang di tulis pada papan putih.
Setelah itu Puan Guru meneruskan sesi bercerita dengan teknik yang betul serta mimik muka,intonasi suara dan diselitkan juga beberapa buah lagu. 
Alhamdulillah,Tuan Muda dan Cik Puan Muda khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Puan Guru.
Membina perkataan dari kad imbasan


Belajar menghasilkan nama menggunakan plastisin








    











                               
Puan Guru mendorong dengan kata-kata positif

Tuan Muda dan Cik Puan Muda di dorong dengan kata-kata positif serta meningkatkan keyakinan diri mereka tanpa dikritik,diejek,di marah diherdik sebaliknya mereka sering di beri pujian terhadap hasil usaha mereka.
....Jumpa minggu depan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.
Yang Pasti "Kelas Membaca Febuari" adalah PERCUMA!!!