Sesi bermula dengan memperkenalkan diri agar mereka mengenali antara satu sama lain serta dapat meningkatkan keyakinan dalam diri Tuan Muda dan Cik Puan Muda dengan berani tampil bercerita di khalayak ramai.
Tuan Muda dan Cik Puan Muda sungguh seronok..dan semakin yakin apabila diberi sedikit tugasan membina perkataan terbuka.
Puan Guru turut serta mendorong mereka dengan kata-kata semangat untuk membina perkataan daripada suku kata yang disediakan terlebih dahulu.
Kelihatan Tuan Muda dan Cik Puan Muda gembira apabila berjaya membina perkataan-perkataan yang di tulis pada papan putih.
Setelah itu Puan Guru meneruskan sesi bercerita dengan teknik yang betul serta mimik muka,intonasi suara dan diselitkan juga beberapa buah lagu.
Alhamdulillah,Tuan Muda dan Cik Puan Muda khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Puan Guru.
Membina perkataan dari kad imbasan |
Belajar menghasilkan nama menggunakan plastisin |
Tuan Muda dan Cik Puan Muda di dorong dengan kata-kata positif serta meningkatkan keyakinan diri mereka tanpa dikritik,diejek,di marah diherdik sebaliknya mereka sering di beri pujian terhadap hasil usaha mereka.
....Jumpa minggu depan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.
Yang Pasti "Kelas Membaca Febuari" adalah PERCUMA!!!
No comments:
Post a Comment