Thursday 19 February 2015

Jom Bina Perkataan...

Alhamdulillah..Tuan Muda Hanif dan Munif berjaya membina perkataan dari suku kata terbuka melalui teknik mendengar sebutan dan gaya dari Puan Guru.
Mereka berdua sungguh seronok bermain-main suku kata tanpa menyedari bahawa mereka sedang belajar membaca.
Ini merupakan salah satu kaedah untuk menarik perhatian anak -anak membaca tanpa menggunakan buku semata- mata..Selain daripada itu juga mereka meneroka perkataan baru menerusi suku kata yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesi pembelajaran..
Mudah...murah...paling penting mereka seronok dan matlamat Puan Guru untuk sesi membaca tercapai... :)

No comments: