Assalamualaikum.... cuma nak selit sedikit perkongsian ilmu dengan sahabat-sahabat alam maya..
Selaku guru tadika suatu masa dulu,pernah saya di aju soalan berbunyi...
- tak penat ke habis waktu kelas kena kemas mainan?
- tak penat ke asyik buat perkara yang sama?
Seharusnya kita sebagai guru tadika membimbing anak didik supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas,sekolah dan persekitaran di luar sana..Kita sebagai guru tadika perlu menjadi contoh terbaik bagi anak didik di tadika.Setiap perilaku kita sebagai guru sering dilihat oleh pelajar kita.
Pernah dengar tak?
#cikgu.. anak saya ni kalu kat rumah selalu memuji cikgu..
#cikgu .. anak saya kat rumah selalu ajak adiknya kemas mainan
#cikgu.. anak saya suka ajuk cakap cikgu kat rumah,kdg tu siap gayakan cara cikgu ajar dia
Benar...terkadang ada ibu bapa bagi tahu anak mereka lebih banyak memuji guru mereka berbanding ibu dan bapa mereka sendiri di rumah..Maka dengan itu seorang guru harus menjaga etika sebagai guru yang telah diberi tanggungjawab selama beberapa jam di tadika.
- Lontarkan kata-kata positif
- Jaga akhlak sebagai guru tadika
- Sopan ketika berkomunikasi dengan pelajar,ibu bapa serta sesama guru di tadika
- Sentiasa bersikap adil terhadap pelajar
- Kurangkan perkataan "JANGAN" sebaliknya guna perkataan yang lebih mendorong pelajar berkelakuan baik
- Guru perlu kreatif dalam menangani masalah di dalam atau di luar kelas tanpa menghukum,mengherdik atau merotan pelajar(atasi dengan cara TEKNIK NABI)
- Guru perlu membuat persediaan awal sebelum kelas bermula
Pagi sebelum kelas bermula..pelajar diberi peluang untuk bermain-main bongkah kayu,lego dan sebagainya..
Datang seorang guru dengan nada serta muka garang berkata..
"Cepattt!!!!! Kemass!!!semua mainan .. kejap lagi ada perhimpunan..
"Tu!!ambikk kutip,simpan tempat asal!!!.. Pandai buat sepah je,sape nak kemas ni!?!
#situasi 2
Aktiviti selepas waktu rehat sementara guru minum pagi.Semua pelajar dibernarkan bemain seketika sambil ada seorang guru yang memantau pelajar ketika bermain-main lego,kad imbasan dan puzzle,
Guru yang memantau berkata dengan nada yang sopan dan lembut ketika berbicara..
"Masa main sudah tamat/habis bolehkah kemas dan susun kembali barang -barang ke tempat asal.."
"Terima kasih,kemas dan bersih sekolah kita.Alhamdulillah,Bagus Tuan Muda /Cik Puan Muda
Kebiasaanya pelajar akan terlatih dengan sendiri cara kita berkomunikasi secara herdikan atau secara sopan..Mana pilihan anda sebagai seorang guru?Bertuturlah dengan bahasa yang mudah dan sopan ketika anda bersama-sama pelajar di tadika.Jadikan ia satu budaya serta didik dan bimbing mereka ke arah positif.Sentiasa ingatkan pelajar tentang peraturan/etika ketika berada di tadika.
Setakat ni dulu..Insha Allah ada masa kita berkongsi pandangan lagi..
Sekadar berkongsi sedikit pengalaman sebagai seorang guru tadika..Saya tinggalkan dengan serangkap pantun..
Terbang kenari mencari makanan.
Hinggap pula di atas dahan,
Bimbing kami tanpa merotan,
No comments:
Post a Comment