Kali ni kita bincang,kupas dan yang sewaktu dengannya isu tema bulanan...
Kebiasaannya topik tema bulanan sering menjadi kebimbangan ketandusan idea kan cikgu... tambahan bila tiba tema yang agak susah sikit nak di selarikan dalam semua matapelajaran kan?? Tadika swasta biasanya dah di tetapkan tema bulanan dari awal persekolahan.
Ni contoh kelaziman tema bulanan di tadika swasta...(berdasarkan pengalaman kerja kat tadika swasta)
All About Me/Myself
Selalunya minggu ke 2 baru boleh mula fokus pada tema.Oleh kerana cikgu sibuk dengan sesi pujuk memujuk pelajar..sesi suai kenal ...Tapi kalau cikgu bijak mengatur strategi bab adegan pujuk -memujuk tu..seminggu pun dah boleh mula kelas dengan penuh yakin,ceria dan mereka seronok.Bila cikgu seronok dengan sesi pertama persekolahan bermula,makin seronok pelajar kita nak datang tadika... Kebiasaannya,untuk kraf saya lebih senang buat secara berkumpulan. Saya akan bahagikan sedikit tugasan pada pelajar sebelum memulakan sesi mewarna,mengecat dan sebagainya. Setiap pelajar haruslah memakai apron yang bersesuaian agar tiada sebarang warna yang bakal singgah pada pakaian seragam tadika.Cikgu perlu memastikana aktiviti yang bakal dilaksanakan bersesuaian dengan persekitaran kelas,peralatan yang cukup seperti cat,air,berus,pensel dan lain-lain dalam keadaan baik.
Contoh : ni setiap pelajar harus buat sendiri..guna kotak aje..jimat kan...hehehe. Cikgu cuma bagi contoh je kat pelajar..biar mereka deko sendiri frame dengan kreativiti yang mereka ada. Masa ni kita dapat lihat kebolehan setiap pelajar kita dalam berkarya..
Frame Gambar |
Sebelum saya terlupa,adalah baik kiranya kita selitkan kata-kata pujian kepada Maha Pencipta dalam sesi pembelajaran kita ye cikgu.Dengan cara begini pelajar kita pun mudah mempratikkan secara tidak langsung apabila melihat kebesaran Allah. Tak salah kan kita mengajar pelajar dengan cara yang islamik TANPA melibatkan diri mereka ke arah POLITIK cikgu!!
Kita juga dapat melatih pelajar
- sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah
- memberi ilmu pengetahuan secara islamik dan sains
My School
Tema ni sangat menarik! Cikgu perlu terangkan pada mereka mengapa ibu bapa hantar mereka kat tadika.. Teruskan memupuk budaya sayang sekolah,menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan sebagainya..
Tema ni juga cikgu boleh buat pelbagai aktiviti dengan mereka...pastikan mereka seronok ye cikgu! Melatih mereka berdisiplin hadir ke sekolah juga perlu cikgu..
Origami pencil |
Jangan lupa selitkan lagu sekolah tadika cikgu... ;)
Latih setiap pelajar kita ajar mereka lebih bersemangat untuk hadir ke tadika serta sentiasa mencari idea-idea baru untuk menarik minat mereka hadir ke sekolah.
Bersambung lagi untuk tema seterusnya nanti ye cikgu.. :)
No comments:
Post a Comment