Saturday, 8 October 2016

Jamu selera seisi keluarga cara saya...

Sudah lama tak buat kuih kesukaan en suami dan keluarga..santai bersama keluarga waktu petang..menikmati pau inti kacang. Alhamdulillah...rezeki.
Sesekali tukar selera makan kuih org lama ape salahnya kan..
Dah terlalu biasa makan kuih muih terkini,tp usah mudah lupa pada kuih tradisi...
Tambah pula ikan celup tepung..yg popular di negeri kelahiran kami..darul iman.Saya lebih suka buat sendiri je tepung utk salut ikan celup tepung ni.Sentiasa cedok idea dr mak tersayang..hehehe.al maklum la mak saya dlu memang jual kuih baulu,kuih bakar..Cara orang lama...guna sabut kelapa..itu lah kenangan saya masa kecik..selalu tgk mak buat kuih..
Nanti ada masa saya muatnaik gambar acuan kuih kesayangan mak ye..nostalgia tu.. sebelum tu ni cara saya buat adunan ikan celup tepung.

Tepung beras

1 biji telur

Sedikit serbuk kunyit

Sedikit kapur makan

Garam,gula

Air utk bancuhan

Kuantiti tepung bergantung pada ikan yg ingin disalut..cuma jgn terlalu cair bancuhan tu..sebab kalu cair tepung tak melekat pada ikan.

Tuesday, 9 August 2016

Puding Karemal

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya menyepi kan?
Hehhehe..maklum lah kesibukan sedikit kebelakangan ni..
Sebelum tu saya nak kongsi minum petang kami hari ni.
Tadaa...puding karemal.♥♥♥
Kebetulan puding ni kesukaan mak saya.. jd saya buat khas untuk mak tersayang.
Resepi ringkas je..
2 sudu besar gula*di panaskan atas dulang acuan (ketepikan)
#pastikan gula tidak terlalu hangus...nanti pahit puding kan :P
5 biji telur
1 cawan susu segar/ susu cair *saya guna susu segar
1 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung kastard* dibancuh bersama-sama susu cair
Sedikit esen vanila
Cara penyediaan
Telur yang sudah dibasuh bersih dipukul bersama-sama susu segar/cair..pukul manja-manja je.. bukan sampai kembang ye
Kemudian masukkan sedikit vanila bagi mengelakkan bau hanyir telur..
Masukkan susu pekat..kacau manja lagi..hehhehe
Siap untuk di kukus..
Kukus hingga masak..tapi perlu ingat balut tudung periuk kukusan dengan kain tuala..ni nak elak air wap masuk dalam puding tu nanti.
Lagi satu..jangan terlalu kerap buka periuk kukusan..
Selamat mencuba :)

Sunday, 24 July 2016

Saje suka2 ;)
















Assalamualaikum..
Jari jemari Wan Rahimah hahahaha..ni la hasil dari saya.
Niat nak bantu je saing dan adik ipor ambe..hehehe
Ada minat tapi kalu ada ruang masa la..mintak maaf la saya punya gubahan tak setanding orang yang mahir dalam bidang ni..huhuhu ;)
Mana termampu saya usahakan inshaAllah saya bantu seikhlas hati..lagipun mereka sahabat serta adik ipar saya..Saya cuma nak kongsi idea je mana la tau kalu anda berminat nak ciplak idea saya  di alu-alukan..silakan..ilmu cuma hanya diberi pinjaman dunia aje kan elok kita sama-sama kongsi..
iye dok?

Saturday, 23 July 2016

Jom Minum Petang (Tok Aji Serban)

Assalamualaikum..
Lama tak update main masak-masak.
Arini saya buat kuih tok aji serban untuk minum petang..
Jom intai resepi ringkas dari saya.

Bahan A
5 biji telur (saya guna gred c)
Santan pekat anggaran dalam 2 cawan
Sedikit garam
Nisan kerek (saya guna nisan kerek besar setengah je)

Bahan B
Beras pulut anggaran secawan (basuh bersih)
Santan cair secawan setengah
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara Penyediaan
Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk..
Kacau rata bahan tesebut hingga larut.
Sementara itu sediakan loyang untuk mengukus bahan B
Kukus bahan B di dalam periuk pengukus sehingga pulut masak.
Setelah pulut masak,guna garfu untuk menyucuk pulut sebelum meletakkan bahan A
Kukus semula sehingga kuih masak.
Siap..untuk dihidangkan.


Wednesday, 20 July 2016

Kongsi Bahan Bantu Mengajar Tadika(2)

Sambungan dari entri sebelumnya..
Bahan bantu mengajar untuk teknik bercerita dan buku latihan penulisan.
Guru juga perlu kreatif dalam sesi bercerita,selain menggunakan buku cerita,boneka dan imaginasi guru ketika menyampaikan sesebuah cerita.
Guru perlu bijak dalam memilih buku-buku yang berada di pasaran selari dengan tahap umur kanak-kanak di tadika khususnya.Saranan saya untuk guru dan ibubapa sekiranya ingin bercerita kepada kanak-kanak seharusnya kita perlu mengetahui isi kandungan buku cerita tersebut.Ia akan memudahakan kita membuat persediaan untuk memberi jawapan sekiranya pelbagai soalan yang bakal di ajukan oleh kanak-kanak. Justeru itu kita perlu lebih kreatif  apabila menghuraikan sebarang pertanyaan dari kanak-kanak.
Five Little Ducks
















Buku latihan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak tanpa perlu memberi tekanan kepada mereka ketika sesi pra tulis. Guru boleh menghasilkan buku ini mengikut tahap kesesuaian usia pelajar serta memberi bimbingan secara dorongan bukan paksaan.Ini dapat meningkatkan keinginan pelajar untuk berusaha menghasilkan mutu tulisan yang baik sekiranya guru memberi kata-kata positif dengan teknik yang betul.Selain dari itu mereka juga akan teruja apabila melihat hasil kerja mereka sendiri semasa proses menulis berlangsung.Ia juga mampu mempengaruhi daya ingatan kepada pelajar kerana mereka telah membabitkan diri dalam proses menyebut,menulis,nenyanyi dan melakukan aktiviti berkaitan sepanjang proses tersebut.
Biarkan mereka gembira sewaktu belajar!!!