Bahan bantu mengajar untuk teknik bercerita dan buku latihan penulisan.
Guru juga perlu kreatif dalam sesi bercerita,selain menggunakan buku cerita,boneka dan imaginasi guru ketika menyampaikan sesebuah cerita.
Guru perlu bijak dalam memilih buku-buku yang berada di pasaran selari dengan tahap umur kanak-kanak di tadika khususnya.Saranan saya untuk guru dan ibubapa sekiranya ingin bercerita kepada kanak-kanak seharusnya kita perlu mengetahui isi kandungan buku cerita tersebut.Ia akan memudahakan kita membuat persediaan untuk memberi jawapan sekiranya pelbagai soalan yang bakal di ajukan oleh kanak-kanak. Justeru itu kita perlu lebih kreatif apabila menghuraikan sebarang pertanyaan dari kanak-kanak.
Five Little Ducks |
Buku latihan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak tanpa perlu memberi tekanan kepada mereka ketika sesi pra tulis. Guru boleh menghasilkan buku ini mengikut tahap kesesuaian usia pelajar serta memberi bimbingan secara dorongan bukan paksaan.Ini dapat meningkatkan keinginan pelajar untuk berusaha menghasilkan mutu tulisan yang baik sekiranya guru memberi kata-kata positif dengan teknik yang betul.Selain dari itu mereka juga akan teruja apabila melihat hasil kerja mereka sendiri semasa proses menulis berlangsung.Ia juga mampu mempengaruhi daya ingatan kepada pelajar kerana mereka telah membabitkan diri dalam proses menyebut,menulis,nenyanyi dan melakukan aktiviti berkaitan sepanjang proses tersebut.
Biarkan mereka gembira sewaktu belajar!!!
No comments:
Post a Comment