Sunday, 24 July 2016

Saje suka2 ;)
















Assalamualaikum..
Jari jemari Wan Rahimah hahahaha..ni la hasil dari saya.
Niat nak bantu je saing dan adik ipor ambe..hehehe
Ada minat tapi kalu ada ruang masa la..mintak maaf la saya punya gubahan tak setanding orang yang mahir dalam bidang ni..huhuhu ;)
Mana termampu saya usahakan inshaAllah saya bantu seikhlas hati..lagipun mereka sahabat serta adik ipar saya..Saya cuma nak kongsi idea je mana la tau kalu anda berminat nak ciplak idea saya  di alu-alukan..silakan..ilmu cuma hanya diberi pinjaman dunia aje kan elok kita sama-sama kongsi..
iye dok?

Saturday, 23 July 2016

Jom Minum Petang (Tok Aji Serban)

Assalamualaikum..
Lama tak update main masak-masak.
Arini saya buat kuih tok aji serban untuk minum petang..
Jom intai resepi ringkas dari saya.

Bahan A
5 biji telur (saya guna gred c)
Santan pekat anggaran dalam 2 cawan
Sedikit garam
Nisan kerek (saya guna nisan kerek besar setengah je)

Bahan B
Beras pulut anggaran secawan (basuh bersih)
Santan cair secawan setengah
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara Penyediaan
Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk..
Kacau rata bahan tesebut hingga larut.
Sementara itu sediakan loyang untuk mengukus bahan B
Kukus bahan B di dalam periuk pengukus sehingga pulut masak.
Setelah pulut masak,guna garfu untuk menyucuk pulut sebelum meletakkan bahan A
Kukus semula sehingga kuih masak.
Siap..untuk dihidangkan.


Wednesday, 20 July 2016

Kongsi Bahan Bantu Mengajar Tadika(2)

Sambungan dari entri sebelumnya..
Bahan bantu mengajar untuk teknik bercerita dan buku latihan penulisan.
Guru juga perlu kreatif dalam sesi bercerita,selain menggunakan buku cerita,boneka dan imaginasi guru ketika menyampaikan sesebuah cerita.
Guru perlu bijak dalam memilih buku-buku yang berada di pasaran selari dengan tahap umur kanak-kanak di tadika khususnya.Saranan saya untuk guru dan ibubapa sekiranya ingin bercerita kepada kanak-kanak seharusnya kita perlu mengetahui isi kandungan buku cerita tersebut.Ia akan memudahakan kita membuat persediaan untuk memberi jawapan sekiranya pelbagai soalan yang bakal di ajukan oleh kanak-kanak. Justeru itu kita perlu lebih kreatif  apabila menghuraikan sebarang pertanyaan dari kanak-kanak.
Five Little Ducks
















Buku latihan yang boleh menarik perhatian kanak-kanak tanpa perlu memberi tekanan kepada mereka ketika sesi pra tulis. Guru boleh menghasilkan buku ini mengikut tahap kesesuaian usia pelajar serta memberi bimbingan secara dorongan bukan paksaan.Ini dapat meningkatkan keinginan pelajar untuk berusaha menghasilkan mutu tulisan yang baik sekiranya guru memberi kata-kata positif dengan teknik yang betul.Selain dari itu mereka juga akan teruja apabila melihat hasil kerja mereka sendiri semasa proses menulis berlangsung.Ia juga mampu mempengaruhi daya ingatan kepada pelajar kerana mereka telah membabitkan diri dalam proses menyebut,menulis,nenyanyi dan melakukan aktiviti berkaitan sepanjang proses tersebut.
Biarkan mereka gembira sewaktu belajar!!!




Thursday, 14 July 2016

Kongsi Bahan Bantu Mengajar Tadika(1)

Assalamualaikum.
Dah lama tak jenguk disini..
Baiklah..saya kongsi aktiviti sepanjang ketiadaan saya di blog ni..hehehe. :p
Kesibukan menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar untuk menjayakan kelas D.I.Y bersama-sama guru dan ibubapa.Saya mengendalikan kelas ni setiap sabtu dua kali sebulan.
Alhamdulillah..ilmu yang saya ada dikongsi bersama-sama bagi mewujudkan silaturrahim antara ibubapa,guru dan anak-anak tadika.Kami seronok bertukar pandangan,pendapat,idea serta ibubapa turut melakukan aktiviti ini secara "hands on".
Bahan-bahan terpakai seperti kotak,botol,kertas,majalah,akhbar dan sebagainya mampu dijadikan bahan bantu mengajar yang hasilnya setanding dengan bahan yang ada di pasaran.Lebih menjimatkan kos,mudah diperolehi dan paling penting ia selamat digunakan untuk anak anda dirumah. :)

Aktiviti di sala sebuah tadika 


Tema : Buah buahan
Bahan Bantu Mengajar

Sesi Bercerita/Matematik/Nyanyian








Bahan Bantu Mengajar(Bahasa Melayu)