Thursday, 19 February 2015

Jom Bina Perkataan...

Alhamdulillah..Tuan Muda Hanif dan Munif berjaya membina perkataan dari suku kata terbuka melalui teknik mendengar sebutan dan gaya dari Puan Guru.
Mereka berdua sungguh seronok bermain-main suku kata tanpa menyedari bahawa mereka sedang belajar membaca.
Ini merupakan salah satu kaedah untuk menarik perhatian anak -anak membaca tanpa menggunakan buku semata- mata..Selain daripada itu juga mereka meneroka perkataan baru menerusi suku kata yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesi pembelajaran..
Mudah...murah...paling penting mereka seronok dan matlamat Puan Guru untuk sesi membaca tercapai... :)

Saturday, 14 February 2015

Kelas Membaca...Februari Yang Menyeronokkan!!

Alhamdulillah..selesai kelas membaca secara percuma selama 2 jam Tadika Didik Bijak Bestari,Gong Badak..
Sesi bermula dengan memperkenalkan diri agar mereka mengenali antara satu sama lain serta dapat meningkatkan keyakinan dalam diri Tuan Muda dan Cik Puan Muda dengan berani tampil bercerita di khalayak ramai.
Tuan Muda dan Cik Puan Muda sungguh seronok..dan semakin yakin apabila diberi sedikit tugasan membina perkataan terbuka.
Puan Guru turut serta mendorong mereka dengan kata-kata semangat untuk membina perkataan daripada suku kata yang disediakan terlebih dahulu.
Kelihatan Tuan Muda dan Cik Puan Muda gembira apabila berjaya membina perkataan-perkataan yang di tulis pada papan putih.
Setelah itu Puan Guru meneruskan sesi bercerita dengan teknik yang betul serta mimik muka,intonasi suara dan diselitkan juga beberapa buah lagu. 
Alhamdulillah,Tuan Muda dan Cik Puan Muda khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh Puan Guru.
Membina perkataan dari kad imbasan


Belajar menghasilkan nama menggunakan plastisin








    











                               
Puan Guru mendorong dengan kata-kata positif

Tuan Muda dan Cik Puan Muda di dorong dengan kata-kata positif serta meningkatkan keyakinan diri mereka tanpa dikritik,diejek,di marah diherdik sebaliknya mereka sering di beri pujian terhadap hasil usaha mereka.
....Jumpa minggu depan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan.
Yang Pasti "Kelas Membaca Febuari" adalah PERCUMA!!!




















Sunday, 8 February 2015

Hasil Dari Dorongan Positif... :)


Alhamdulillah...Januari melabuhkan tirai bulannya..
Cik Puan Muda dan Tuan Muda mula positif untuk solat praktikal secara berjemaah.
Antara perbualan Puan Guru bersama-sama Cik Puan Muda setelah selesai mengambil wudhu'.
"Cikgu..jadi imam.Kakak nak sembahyang.."
Alhamdulillah..Cik Puan Muda Aisyah sudah bersedia untuk solat.
(sambil memperbetulkan kedudukan sejadah)
Setelah selesai solat..Puan Guru lantas menepati janji untuk memberi ganjaran kepada Cik Puan Muda secara terbuka. Ganjaran yang berunsurkan kata-kata positif,pujian serta dorongan untuk mereka mengerjakan solat dengan teknik yang betul.












Sungguh riang hati Cik Puan Muda bermain-main menggunakan kad imbasan. Alhamdulillah :) Puan Guru mendorong mereka untuk mencari sukukata melalui teknik sebutan yang berulang,gaya,serta memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Cik Puan Muda.
"Bagus,Cik Puan A berjaya menyiapkan satu perkataan dari dua sukukata..
Siapa yang berusaha dan sabar insyaallah berjaya..Nabi suka kepada orang yang berusaha dan sabar".
Cik Puan Muda diberikan sedikit ganjaran berbentuk bintang setelah berjaya membina perkataan melalui bermain kad imbasan.
Kini Cik Puan Muda semakin minat terhadap buku-buku cerita.. Hasil daripada permainan tersebut Cik Puan Muda mula beralih sikap positif mencuba untuk membaca sukukata pada carta di kelas.








Tema dan aktiviti kraft

Assalamualaikum..bertemu kembali.. ;)

Tema: Kenderaan
























Tema : Makanan


                                   

                                                                                                             

     






























Tema  : Bentuk / Warna











Tema : Cuaca

















Tema : Perasaan













































 Tema : Keluarga/kawan saya