Saturday, 30 January 2016

Seketika Di Bintulu 2013






























Assalamualaikum..kali ni nak kongsi sedikit kenangan sewaktu saya mengikuti suami yang bekerja di Bintulu ketika itu.Buat kali pertama berkunjung ke Bintulu membuatkan hati terpaut pada keunikan alam semulajadi yang masih terpelihara dengan baik.Seronok!!!
Subhanaallah..pemandangan mentari terbenam begitu mempesonakan..begitu kaya kekuasaanMu Ya Allah..
Ketika berada di sana saya turut merasai nasi lelapan,sup ambal,midin belacan,laksa sarawak dan paling istimewa roti burger dari Ahza.Roti burger keluaran Ahza sangat unik kerana isi dagingnya yang tebal serta penjual gerai tersebut menghasilkan daging burger sendiri.
Setiap kali suami keluar main badminton je pasti saya mintak dia belikan untuk saya..hehehehe
Memang berbaloi la makan burger ni..2 biji saya boleh habiskan ..kihkihkih.. Lagipun gerai burger ni tak jauh dari kawasan perumahan yang saya diami ketika tu.Alaamakkkk.. tetiba terasa nak makan burger Ahza la plok..Apakan daya jauhhhh nunnn di sinungg..hahahaha
Saya berkesempatan melawat Taman Tumbina sewaktu berada di Bintulu..Alahh macam mini zoo jugak la.ada rama-rama,harimau,buaya,ular dan semestinya burung kenyalang.































Sepanjang saya di sana sempat juga masak macam-macam menu yang mudah dan ringkas untuk kami berdua makan..ehehehehe.Selalunya saya akan masak lauk kesukaan suami tom yam,sayur goreng dan cili potong.Sesekali tukar selera kata encik suami...ye la kami orang pantai timur mana boleh tinggal menu wajib ikan singgang,budu,sambal belacan...kihkihkih  :)
Cuma saya je la kena jaga skit bab makan seafood ni...huhuhuhu al maklum la alergik..
Cerr..tengok tu...kicap,cili potong pengganti sambal belacan dan budu..sebab kat sini nak cari belacan orang muslim buat memang susah skit la.. huhuhuhu
Saya dan suami memang tak beli belacan sepanjang duduk di sini..biasanya kalu kami balik semenanjung baru kami beli.Kami dari kecik dah terbiasa dengan belacan kampung halaman masing-masing..jadi bila nak cuba belacan negeri lain tu memang agak susah skit la.. hehehehe
Ooooo...Terengganu Negeriku....













Baik la sampai kat sini dulu karangan pendek dari saya..ada masa kita karang lagi... ;)

Saturday, 23 January 2016

Tugas dan Tanggungjawab Guru Tadika


Assalamualaikum.... cuma nak selit sedikit perkongsian ilmu dengan sahabat-sahabat alam maya..

Selaku guru tadika suatu masa dulu,pernah saya di aju soalan berbunyi...
                                
  • tak penat ke habis waktu kelas kena kemas mainan? 
  • tak penat ke asyik buat perkara yang sama?                                                                                                                                 
    Sebagai seorang guru tadika saya menjawab ringkas..inshaallah tak penat.Ini kerana kita perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang guru tadika.Bukan setakat mengajar mereka mengenal abjad,angka,mengaji dan sebagainya..
    Seharusnya kita sebagai guru tadika membimbing anak didik supaya sentiasa menjaga kebersihan kelas,sekolah dan persekitaran di luar sana..Kita sebagai guru tadika perlu menjadi contoh terbaik bagi anak didik di tadika.Setiap perilaku kita sebagai guru sering dilihat oleh pelajar kita.

    Pernah dengar tak?
    #cikgu.. anak saya ni kalu kat rumah selalu memuji cikgu..
    #cikgu .. anak saya kat rumah selalu ajak adiknya kemas mainan
    #cikgu.. anak saya suka ajuk cakap cikgu kat rumah,kdg tu siap gayakan cara cikgu ajar dia

    Benar...terkadang ada ibu bapa bagi tahu anak mereka lebih banyak memuji guru mereka berbanding ibu dan bapa mereka sendiri di rumah..Maka dengan itu seorang guru harus menjaga etika sebagai guru yang telah diberi tanggungjawab selama beberapa jam di tadika.

    • Lontarkan kata-kata positif 
    • Jaga akhlak sebagai guru tadika
    • Sopan ketika berkomunikasi dengan pelajar,ibu bapa serta sesama guru di tadika
    • Sentiasa bersikap adil terhadap pelajar
    • Kurangkan perkataan "JANGAN" sebaliknya guna perkataan yang lebih mendorong pelajar berkelakuan baik
    • Guru perlu kreatif dalam menangani masalah di dalam atau di luar kelas tanpa menghukum,mengherdik atau merotan pelajar(atasi dengan cara TEKNIK NABI)
    • Guru perlu membuat persediaan awal sebelum kelas bermula     
    #situasi 1
     Pagi sebelum kelas bermula..pelajar diberi peluang untuk bermain-main bongkah kayu,lego dan sebagainya..
    Datang seorang guru dengan nada serta muka garang berkata..
           "Cepattt!!!!! Kemass!!!semua mainan .. kejap lagi ada perhimpunan..
          "Tu!!ambikk kutip,simpan tempat asal!!!.. Pandai buat sepah je,sape nak kemas ni!?!
    #situasi 2
         Aktiviti selepas waktu rehat sementara guru minum pagi.Semua pelajar dibernarkan bemain seketika sambil ada seorang guru yang memantau pelajar ketika bermain-main lego,kad imbasan dan puzzle,
    Guru yang memantau berkata dengan nada yang sopan dan lembut ketika berbicara..
    "Masa main sudah tamat/habis bolehkah kemas dan susun kembali barang -barang ke tempat asal.."
    "Terima kasih,kemas dan bersih sekolah kita.Alhamdulillah,Bagus Tuan Muda /Cik Puan Muda

    Kebiasaanya pelajar akan terlatih dengan sendiri cara kita berkomunikasi secara herdikan atau secara sopan..Mana pilihan anda sebagai seorang guru?Bertuturlah dengan bahasa yang mudah dan sopan ketika anda bersama-sama pelajar di tadika.Jadikan ia satu budaya serta didik dan bimbing mereka ke arah positif.Sentiasa ingatkan pelajar tentang peraturan/etika ketika berada di tadika.

    Setakat ni dulu..Insha Allah ada masa kita berkongsi pandangan lagi..
    Sekadar berkongsi sedikit pengalaman sebagai seorang guru tadika..Saya tinggalkan dengan serangkap pantun..
          Terbang kenari mencari makanan.
           Hinggap pula di atas dahan,
           Bimbing kami tanpa merotan,
           Teknik Nabi jadikan asuhan. 

    Kongsi Bahan Bantu Mengajar(Bercerita)


    Contoh 1 Gambar guna kaedah "push and pull"


    Contoh 2 Gambar guna teknik "waterfall"
    Contoh 3 Gambar boleh ditolak kiri kanan




















    Gambar 4  Teknik Pop Up


















    Assalamualaikum..
    Bersua untuk kongsi idea bagi membuat perancangan sesi bercerita menggunakan beberapa teknik yang boleh menarik perhatian pelajar.
    • memupuk minat pelajar untuk membaca
    • menarik perhatian pelajar untuk memberi fokus terhadap sesebuah cerita
    • mempelajari suku kata menerusi cerita yang ringkas 
    • menyemai unsur positif serta moral di dalam sesebuah cerita
    • penggunaan bahasa,intonasi suara dan mimik muka memainkan peranan penting dalam teknik bercerita mengikut tahap usia pelajar
    • memberi ruang kepada pelajar berfikir dan berimaginasi secara positif                          
    Sebagai guru,kita haruslah membuat persediaan awal sebelum memulakan sesi bercerita agar soalan yang bakal diajukan oleh pelajar mudah bagi guru menyediakan jawapan secara logik.Persediaan sebelum sesi bercerita perlu dibuat oleh guru bagi memastikan impak yang baik.
    Persediaan bahan bantu mengajar seperti
    • kad imbasan
    • buku cerita
    • video serta audio sekiranya menggunakan radio/komputer
    • kostum 
    • boneka
    Guru juga mestilah menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas bagi memudahkan pelajar memahami sesebuah cerita serta memberi impak positif dalam sesi soal jawab.Teknik bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya disusuli nyanyian bertemakan cerita yang ingin disampaikan oleh guru dan boleh melibatkan pelajar di dalam kelas.Ia juga dapat memberi daya keyakinan diri sekiranya penglibatan pelajar ketika sesi bercerita.Contohnya guru boleh
    • memberi ruang pelajar berimaginasi secara positif dan logik
    • memberi peluang pelajar melakonkan watak dalam cerita tersebut ~penglibatan guru bersama-sama pelajar. Guru melakonkan aksi atau bunyi haiwan,manakala pelajar melakonkan watak sebagai pokok dan sebagainya
    • melatih pelajar tampil untuk bercerita dengan teknik yang betul~beri pujian yang positif agar pelajar semakin berani untuk tampil bercerita.
    • intonasi yang bersesuaian dengan watak 
    Pujian,tepukan,sokongan dan dorongan membina daya keyakinan diri pelajar sekiranya seorang guru tahu kaedah yang betul.Puji pelajar kerana kesungguhan mereka untuk tampil ke hadapan bagi sesi bercerita,nyanyian,lakonan dan juga sesi soal jawab.
    Saya yakin seandainya guru mampu melatih situasi ini di kelas pasti akan membuatkan pelajar kita lebih selesa untuk bersoal jawab dikhayak ramai. Ini kerana daya keyakinan diri mereka sudah dipupuk oleh guru secara positif.
    Teruskan membimbing mereka ke arah yang lebih berdaya saing serta menyemai nilai positif !

    Baiklah..kita sambung lagi di lain waktu..
    Semoga dapat membantu cikgu  tadika di luar sana.. :)