Tuesday 30 May 2017

Cuba Dulu Baru Komen ;)

  



Assalamualaikum..
Kali ni nak iklan sambil kicap dari saya.. Saya pasti ada di kalangan anda yang suka makan sambal kan? Sambal belacan,sambal tumis,budu,cencalok dan lain2 sambal untuk pembuka selera makan. Ni edisi sambal kicap desik cara saya..Anda cuba dulu baru komen ye! Ada yang berminat tak? 
Bagi yang gemar makan pedas anda mesti cuba Sambal Kicap Desikk ni..terutama bagi anda yang alahan pada belacan tapi masih mahu makan sambal pedas..

Wednesday 15 March 2017

Jom jenguk resepi..

Assalamualaikum..
Hai..bersua lagi di sini..lama tak update ruangan ni.
Ada je,cuma kesibukan seketika..menguruskan bonda tercinta serta keluarga tersayang..
Ni resepi dan cara saya yang ringkas untuk masak gulai ikan berempah..

Bahan perlu dikisar halus(A)
***************************
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Kunyit
#setelah dikisar masukkan serbuk cili kering,jintan manis,jintan putih..sedikit air asam jawa (sebatikan)
#kerisik(masukkan apabila rempah diatas telah ditumis)

Bahan untuk ditumis hingga naik bau(B)
***************************************
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Bunga lawang

Bahan Paling Penting(C)
**********************
Ikan Kurau (saiz sederhana)
Santan
Gula
Garam

Cara penyediaan
·····································
Panaskan minyak,tumis bahan B sehingga naik bau..
Kemudian tumis bahan A sehingga pecah minyak..jangan lupa masukkan kerisik anggaran 1 sudu besar.
Bila bawang sudah pecah minyak atau masak.. masukkan ikan.. letakkan sedikit air untuk merenih..(dlm secawan air)
Biarkan ikan merenih seketika.. kemudian masukkan air yang selebihnya.. apabila sudah menggelegak boleh dimasukkan santan cair..biarkan ia mendidih sekali lagi..
Akhir sekali setelah kuah tadi mendidih..masukkan santan pekat.. garam dan gula di seimbangkan..

*kalau suka nak letak kacang bendi atau ubi kentang pun boleh
Siap!
Bismillah jgn lupa..

Thursday 5 January 2017

Jom sediakan minum petang :)

Assalamualaikum..
Dek kerana kesibukan seharian..kali ni baru berkesempatan menulis blog kecik ambe ni..hehehe
Episod pertama.. di minggu akhir cuti sekolah.. 3 anak sdare saya di masukkan ke hsnz akibat denggi.
Alhamdulillah..semua dah kembali sihat dan memulakan sessi persekolahan mcm biasa.
Baiklah..saya terus kongsikan sedikit menu minum petang kami seisi keluarga pada minggu yang lepas.Bila dah bonda asyik bunyi lama tak makan putu mayam..tu anak bongsu perempuan dia ni terus intai bahan2 kat dapur..

Alhamdulillah,akhirnya tercapai hasrat bonda nak makan putu mayam hasil air tangan anak bongsu dia ni..cewahhh.Cuma biasa la,buat kuih ni sekadar memenuhi hasrat bonda..buat x de la banyak sangat..hahahhahahhaa            Bab makan ni kebetulan anak sdare ramai berkumpul kat rmh bonda.. sekejap je serbu dah abis. Tak pe la..nnti ada kelapangan waktu mok sdare buat lagi ye..kihkihkih..alamakkk perasann sedappp la tu ;)                                               Alahai..lgpn perkakas tu semua bonda dah lama tak guna..maka sebab tu la ank dia ni cari mood kerajinan yang dah lama terbang.. :P                                         Jangan tak tau bonda saya ni dulu memang niaga kuih muih orang lama.. kuih baulu,kuih bakar,kuih kapit,akok..mcm2 la dlu bonda kami niaga sbb nak sara hidup kami adik beradik..