Wednesday, 9 September 2015

Ayam Percik (resepi mok ambe)

Alhamdulillah..
Oleh kerana kesibukan melanda..ni baru berkesempatan jenguk blog..
Agaknya dah berdebu..hehehehe
Cuma nak kongsi menu je arini..sesekali tukar selera skit.. ayam masak percik.

Resepi simple dari bonda tersayang...

Ayam(bahagian peha)
Halia
Lengkuas
Serai
Bawang merah,bawang putih
Cili kisar
Sedikit ketumbar,jintan manis,jintan putih dan kerisik
Serbuk kunyit/kunyit hidup
Sedikit rempah kari
Santan pekat
Garam/perasa secukupnya

Cara Penyediaan
 Kesemua bahan tadi dikisar halus kecuali santan.
 Sementara itu ayam(bahagian peha) direbus hingga empuk.Toskan
 Setelah itu masukkan rempah kisar ke dalam periuk,letak santan pekat dan isi ayam tadi
 Biarkan ia masak dan mendidih..
 Ambil isi ayam td,letakkan di atas pemanggang bersama-sama sedikit kuah tadi.


















Dah sedia dihidangkan untuk menu tenghari ni..ada sambal belacan,ikan goreng dan sayur goreng.
Bismillah..