Thursday 9 April 2015

Aktiviti persediaan menulis :)

Seronok menulis atas pasir!
Belajar pegang pensel dengan betul
 Assalamualaikum...sudah bersawang entri ni agaknya.. Kesibukan membuatkan saya tiada kesempatan mengemaskini aktiviti pelajar saya.Kali ni saya nak kongsi sedikit info tentang teknik untuk persiapan pelajar sebelum menulis.
Kebiasaannya kita sering di dedahkan dengan aktiviti bermain plastisin di setiap tadika.Tahukah sahabat semua mengapa,kenapa dan bagaimana aktiviti bermain plastisin membantu mempersiapkan diri kanak-kanak tadika untuk menulis?
Mengenggam,menguli dan membentuk plastisin merupakan salah satu proses kemahiran melembutkan jari jemari kanak-kanak sebagai persediaan untuk memegang pensel dengan teknik yang betul.
Oleh yang demikian sebagai seorang guru tadika kita perlu mempelbagaikan aktiviti kepada setiap pelajar yang masih belum mahir memegang pensel.Sebagai contoh guru boleh membalut pensel dengan menggunakan plastisin,kemudian plastisin tersebut dibalut dengan kertas. Tujuan pensel dibalut plastisin serta kertas adalah untuk memberi keselesaan kepada pelajar untuk mengenggam pensel ketika sesi menulis.
Selain itu guru boleh menggunakan pasir pantai yang halus umtuk pelajar mengenggam pasir bagi menguatkan jari jemari mereka sewaktu memegang pensel.Usah risau hasil tulisan pelajar yang masih kurang kemas sewaktu menulis..
Mewarna adalah satu cara memperbaiki mutu hasil kerja


















Guru perlu memupuk sikap terhadap pelajar supaya mencuba memperbaiki mutu tulisan apabila mereka sudah mahir menggunakan pensel dengan teknik yang betul.Bimbingan serta galakan positif  perlu selari agar pelajar lebih berusaha untuk meningkatkan mutu hasil kerja mereka. Pujian terhadap hasil kerja mereka dapat membantu mereka menambah baiki kelemahan tanpa ada sebarang tekanan daripada guru atau pelajar lain.
Insya Allah,pelajar akan seronok  serta berkeyakinan diri apabila sesi menulis dijalankan bersama-sama guru di dalam kelas.
Selain daripada itu guru juga boleh melakukan aktiviti membasuh sehelai tuala kecil menggunakan tangan.Mereka akan mempelajari beberapa perkara tanpa mereka sedari bahawa ia merupakan salah satu cara untuk melatih jari jemari mereka sebagai persediaan untuk menulis. Membasuh,memerah dan melipat tuala akan memberi pengalaman baru bagi pelajar yang kurang berminat terhadap aktiviti menulis oleh kerana tiada keyakinan diri.
Diharap apa yang saya kongsikan disini dapat membantu cikgu dalam memberi ilmu terhadap pelajar di tadika...
Bersambung di lain masa...