Sunday, 25 January 2015

Terus berusaha..

Assalamualaikum...
Pertama kali terbaca tentang ABS..menarik,teruja nak tahu tadika ni guna pendekatan macam mana..kaedah,teknik..yg bagaimana... 
Seterusnya..sedikit sebanyak saya mula tertarik pada Aktif.Bijak.Santun..(ABS).
Maka bermula langkah pertama saya..
Seronok..Menyeronokkan...Berseronok dengan pelbagai aktiviti yg dijalankan di tadika rangkaian ABS..Gong Badak,Terengganu..
 Terus terang saya teruja bila menyertai kursus yg dianjurkan oleh pihak ABS..terutama Kelab A'raf..(Abdul Rahman Bin Auf) Keistimewaan kelab ini yg tiada di tadika-tadika lain,berlandaskan syariah islam,menerap nilai-nilai positif dalam diri anak-anak.Selain itu di rangkaian ABS juga menggunakan Bahasa Melayu Tinggi iaitu guru menghormati dan dihormati.Guru sebagai pendorong terhadap Cik Puan Muda dan Tuan Muda dengan kata-kata positif tanpa memarahi,mengherdik,mengejek,menghukum anak-anak...
 Kelab A'raf salah satu cetusan idea yg baik untuk melahirkan,melatih serta memupuk minat anak-anak terhadap dunia keusahawanan patuh syariah dan berprinsipkan teknik nabi.Insyaallah jika niat kita mendidik anak-anak ke arah kebaikan pasti Allah akan memudahkan urusan kita.Paling penting kelab ini sangat menyeronokkan pada anak-anak kerana mereka sendiri melalui proses pembelajaran untuk menjadi seorang usahawan..
Misi penting dalam kelab ini.. "Duit dan Niaga."
4 sendi dalam merealisasikan kelab ini:
 ~sedikit tapi untung
 ~banyak infak
 ~usaha berterusan
 ~yakin pada Allah














bersambung...