Wednesday, 17 December 2014

Tema bulanan di tadika (2)

Assalamualaikum..jom kita berkongsi idea dalam mendidik pelajar di tadika.Tema seterusnya...
My Home 

Contoh menggunting majalah dan akhbar















Kraf kirigami 

Botol plastik di jadikan gelas




































Theme: Fruits

































































Theme: Animals


















































....hingga jumpa lagi untuk tema seterusnya...


Tuesday, 7 October 2014

Aktiviti seni kraft mengikut tema bulanan

Assalamualaikum.. bersua lagi kita di blog yang tak seberapa indah ni..ahahaha.
Kali ni kita bincang,kupas dan yang sewaktu dengannya isu tema bulanan... 
Kebiasaannya topik tema bulanan sering menjadi kebimbangan  ketandusan idea kan cikgu... tambahan bila tiba tema yang agak susah sikit nak di selarikan dalam semua matapelajaran kan??  Tadika swasta biasanya dah di tetapkan tema bulanan dari awal persekolahan.
Ni contoh kelaziman tema bulanan di tadika swasta...(berdasarkan pengalaman kerja kat tadika swasta)

All About Me/Myself
Selalunya minggu ke 2 baru boleh mula fokus pada tema.Oleh kerana cikgu sibuk dengan sesi pujuk memujuk pelajar..sesi suai kenal ...Tapi kalau cikgu bijak mengatur strategi bab adegan pujuk -memujuk tu..seminggu pun dah boleh mula kelas dengan penuh yakin,ceria dan mereka seronok.Bila cikgu seronok dengan sesi pertama persekolahan bermula,makin seronok pelajar kita nak datang tadika... Kebiasaannya,untuk kraf saya lebih senang buat secara berkumpulan. Saya akan bahagikan sedikit tugasan pada pelajar sebelum memulakan sesi mewarna,mengecat dan sebagainya. Setiap pelajar haruslah memakai apron yang bersesuaian agar tiada sebarang warna yang bakal singgah pada pakaian seragam tadika.Cikgu perlu memastikana aktiviti yang bakal dilaksanakan bersesuaian dengan persekitaran kelas,peralatan yang cukup seperti cat,air,berus,pensel dan lain-lain dalam keadaan baik.
Contoh : ni setiap pelajar harus buat sendiri..guna kotak aje..jimat kan...hehehe. Cikgu cuma bagi contoh je kat pelajar..biar mereka deko sendiri frame dengan kreativiti yang mereka ada. Masa ni kita dapat lihat kebolehan setiap pelajar kita dalam berkarya..
Frame Gambar 



















Sebelum saya terlupa,adalah baik kiranya kita selitkan kata-kata pujian kepada Maha Pencipta dalam sesi pembelajaran kita ye cikgu.Dengan cara begini pelajar kita pun mudah mempratikkan secara tidak langsung apabila melihat kebesaran Allah. Tak salah kan kita mengajar pelajar dengan cara yang islamik TANPA melibatkan diri mereka ke arah POLITIK cikgu!!
Kita juga dapat melatih pelajar 
  • sentiasa mensyukuri nikmat pemberian Allah
  • memberi ilmu pengetahuan secara islamik dan sains 







































My School
Tema ni sangat menarik!  Cikgu perlu terangkan pada mereka mengapa ibu bapa hantar mereka kat tadika.. Teruskan memupuk budaya sayang sekolah,menjaga kebersihan persekitaran sekolah dan sebagainya..
Tema ni juga cikgu boleh buat  pelbagai aktiviti dengan mereka...pastikan mereka seronok ye cikgu! Melatih mereka berdisiplin hadir ke sekolah juga perlu cikgu..
Origami pencil















Jangan  lupa selitkan lagu sekolah tadika cikgu... ;)
Latih setiap pelajar kita ajar mereka lebih bersemangat untuk hadir ke tadika serta sentiasa mencari idea-idea baru untuk menarik minat mereka hadir ke sekolah.



Bersambung lagi  untuk tema seterusnya nanti ye cikgu.. :)








                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Thursday, 3 July 2014

Part 2 (Sesi Pembelajaran Menyeronokkan)

Sambungan episod lalu..hehehe 
Dah macam drama sinetron je ayat tu..
 Jom kita kongsi lagi ilmu untuk faedah dan saham akhirat  dalam mendidik pelajar kita di tadika...
Nyanyian?? Sebelum ni ada saya sertakan tujuan nyanyian di tadika.
Bagaimana nyanyian mampu menjadi tarikan dan bermanafaat di tadika?
Walaupun suara ni macam katak panggil hujan..Nyanyi tetap nyanyi cikgu... 

Nyanyian juga perlu berunsur:

~ islamik
~nasihat
~informasi
~sains
 .
Antara lagu kanak-kanak yang popular di ajar kat tadika. Biasanya cikgu2 pun dah tahu kan..hehehe. Ni antara lagu hangat carta di tadika kan cikgu..Saya sertakan sekali lirik kat bawah ye..Insyaallah ada ruang waktu akan saya usahakan  memuat naik video ye. Nak bagi sumbangan suara kat pelajar tadika nanti mudah je kan bila ada video..Alahai,lagipun sekarang ni lagi canggih tekan je Youtube..semua lagu  kanak-kanak tadika ada ...tu pun salah satu cara pelajar kita belajar bahasa serta dalam masa sama boleh belajar komputer .Tak gitu cikgu..
Tapi perlu ingat cikgu ada sesetengah lagu kita kena buat aksi..mimik muka tu penting cikgu. Bila kita sebagai cikgu ceria,cergas dan aktif dalam pergerakan semasa menyumbangkan suara yang lunak tu pelajar pun akan turut ceria,aktif dan seronok!!!
Usah la ambik kesempatan buka video kat youtube je...nanti pelajar kita pun pasif je...
Tujuan nyanyian di tadika antaranya:
  1. mengasah bakat kanak-kanak
  2. membina keyakinan dalam diri kanak-kanak
  3. berhibur serta menyerap unsur-unsur ilmiah,islamik dan sebagainya
  4. mewujudkan keceriaan di dalam sesi pembelajaran 
  5. mereka mudah belajar dengan cara nyanyian
Banyak lagi tujuan nyanyian di tadika..tapi pada saya nyanyian boleh membina keyakinan diri setiap pelajar di tadika.Cuba cikgu bayangkan kalau kat sebuah tadika tanpa nyanyian?!!?? Pasti ibu bapa banyak soal dengan cikgu kan? Jadi..sebab tu la akhir tahun je pasti cikgu akan buat sedikit persembahan pada hari graduasi tadika. Betul tak cikgu?
  
         JOMMM  KITA NYANYI!!!!
  • Lagu Tiga Kupang
Lagu Tiga Kupang 
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan 
Bagi pada raja
Raja dalam rumah 
Buat kira-kira
Suri dalam dapur 
Makan roti gula
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung


  • Seekor Labah-labah
Seekor  labah-labah 
Cuba panjat dinding
Bila hujan turun
Labah cepat lari
Terbit matahari
Air tiada lagi
Labah cuba panjat sekali lagi 


  • Anak Nabi Kita
Anak nabi kita 
Ada tujuh orang
Tiga lelaki 
Empat perempuan
Qasim,Abdullah,Ibrahim
Fathimah,Zainab,Rugayah,Ummi Khalsum

  • Cicak Di dinding 
Cicak-cicak di dinding
Diam-diam merayap
Nampak seekor nyamuk
Nyamm...Lalu dimakan --- Alhamdulillah
Ikan-ikan di air
Diam -diam berenang
Jatuh seekor cacing
Lulpp....Lalu dimakan ---Alhamdulillah
Harimau-harimau di hutan
Diam-diam merangkak
Nampak seekor rusa
Auuummmm!!! Lalu di makan --- Alhamdulillah
Monyet-monyet di pokok
Diam-diam bergayut
Nampak setandan pisang
Nyummm... Lalu dimakan --- Alhamdulillah 


  • Mana Kucing
Mana kucing   (2x)
Di dapur         (2x)
Makan ikan goreng  (2x)
Meoww meoww (2x) 


  • Mana Ibu? 
Mana ibu?  (2x)
Sini saya (2x)
Apa khabar awak?
Saya khabar baik...
Alhamdulillah(2x)
Mana telunjuk (2x)
Sini saya (2x)
Apa khabar awak?
Saya khabar baik
Alhamdulillah(2x)
Mana tengah (2x)
Sini saya (2x)
Apa khabar awak?
Saya khabar baik
Alhamdulillah (2x)
Mana manis (2x)
Sini saya (2x)
Apa khabar awak?
Saya khabar baik
Alhamdulillah  (2x)
Mana kelinking?
Sini saya  (2x)
Apa khabar awak?
Saya khabar baik 
Alhamdulillah  (2x)


  • I Love Allah 
One  one I love Allah
Two two I love Rasulullah
Three  three I love Mother Father
One,two,three I love all together
Satu  satu saya sayang  Allah

Dua dua sayang  Rasulullah
Tiga tiga sayang ibu ayah
Satu dua tiga sayang semuanya (2x)

Wahid  wahid  uhibbu Allah

Ithnain  ithnain  uhibbu  Rasulullah
Tsalasah tsalasah uhibbu Ummi Abi
Wahid,Ithnain,tsalasah uhibbu kulluhum


  • Gajah Berkaki Empat 
Gaja berkaki empat
Gelek (2x)
Hidungnya sangat panjang
Gelek (2x)
Gading bercabang dua
Tapi gajah tak makan orang
Gelek (2x)
Kalau adik ingin tahu
Apa makanan gajah..( lalalalala 2x)
Gajah makan Tebu..


  • Petani 
Lihat nun jauh di sana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerjasama
Potong-memotong 
Membanting padinya 
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk hingga tampi
Kini mesin jadi pengganti 


  • Musim Buah-buahan

Buah duku buah nangka                                                              
Buah manggis dan kelapa
Sama saja jambu dan mangga                                              
Hai, sedap manis pula

Pisang,langsat,buah rambai
Ciku,nanas dan rambutan
Lazat juga buah tembikai
Menambah zat di badan

Rasa limau manis
Belimbing,cempedak dan durian
Harga tidak mahal
Di kedai atau di pinggir jalan

Sungguh enak hai rasanya
Sungguh kaya khasiatnya
Kalau makan buah-buahan
Sihat seluruh badan    
               
  • Kepompong

Dari  ulat  jadi  kepompong
Ia  tidur dalam kelongsong
Cukup masa kepompong pecah
Jadi rama-rama yang indah
Rama-rama  Allah yang cipta
Sungguh cantik aneka warna
Hisap madu di pohon bunga
Tapi sayang hidup tak lama...(2x) 


  • Taman Bunga
Ku tanam pokok bunga 
Bunga melur namanya
Ku siram dan ku jaga
Harum wangi baunya

Ku tanam pokok bunga
Kenanga di beri nama
Ku siram dan ku jaga
Harum wangi baunya

Ku tanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Ku siram dan ku jaga
Harum wangi baunya

Ku tanam pokok bunga
Bunga raya namanya
Ku siram dan ku jaga
Bunga lambang Malaysia

Ku tanam pokok bunga 
Bunga kekwa namanya
Ku siram dan ku jaga
Tamanku penuh bunga

  • 5 Green Speckled Frogs 
5  green speckled frogs
Sitting upon the log
Eating the most delicious grubs
Yum..yum
One jumped into the pool
Where it was nice and cool
And there were four speckled frogs

4  green speckled frogs

Sitting upon the log
Eating the most delicious grubs
Yum..yum
One jumped into the pool
Where it was ni ce and cool
And there were three speckled frogs

3  green speckled frogs

Sitting upon the log
Eating the most delicious grubs
Yum..yum
One jumped into the pool 
Where it was nice and cool
And there were two green speckled frogs

2  green speckled frogs

Sitting upon the log
Eating the most delicious grubs
Yum..yum
One jumped into the pool
Where it was nice and cool
And there were one green speckled frog

1  green speckled frog

Sitting upon the log 
Eating the most delicious grubs
Yum..yum
One jumped into the pool
Where it was nice and cool
Then there were no green  speckled frogs.


Saya berhenti kat sini dulu ye.. Insyaallah,ada kelapangan waktu kita kongsi lagi ilmu yang hanya pinjaman ni..Tunggu episod seterusnya..hehehe.Kalau nak komen pun apa salahnya boleh saja taip kat ruangan komen tu..Kalau ada lagu menarik nanti akan saya kemaskini.. 
Sekian untuk paparan hari ini.. Terima kasih singgah kat blog saya.. :)


    Sunday, 29 June 2014

    Sesi Pembelajaran Menyeronokkan....



    Bertemu lagi..
    Kali ni saya nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin dapat membantu kita melancarkan proses sessi pembelajaran yang pasti menyeronokkan bagi kanak-kanak serta cikgu.. :)
     Minggu,hari dan sesi  pertama persekolahan? Apa yang perlu  kita lakukan???
    Sekadar berkongsi pengalaman ajer.

     Tujuan aktiviti menyambung titik ke titik ni bagi memastikan setiap pelajar boleh menulis dengan teknik yang betul .Di samping itu juga mereka boleh mewarna dan memahami konsep kuantiti untuk matapelajaran matematik. Aktiviti kerja pelajar berusia 3 tahun.






    Ni sesuai untuk pelajar 5 dan 6 tahun.
    Tujuan aktiviti ni perlu dilaksanakan :
    • memastikan pelajar  mengetahui  kedudukan abjad sewaktu menulis
    • menjaga mutu tulisan pelajar agar nampak kemas
    • mempelajari teknik penulisan abjad yang betul

    sitting letters



    Aktiviti yang mampu menarik perhatian setiap pelajar...
    Art and Craft

    Pastikan dalam seminggu aktiviti ni di jalankan di kelas cikgu.. Pelajar pasti seronok!!!!
    Bagi peluang,cungkil bakat mereka...Salah satu cara mereka berimaginasi dengan dunia mereka. Cuba cikgu bagi kertas kosong kat mereka...Apa jadi? Macam-macam yang dilukis,di tulis..dan pelbagai warna yang terhasil pada sekeping kertas kosong tadi kn? Terkadang la,,,ada antara mereka yang mintak cikgu panjangkan aktiviti Art and Craft ni.. kn cikgu???Tapi ada juga antara mereka tak mampu nak luahkan imaginasi mereka pada kertas . Ni bermakna kita kena main peranan la cikgu...walaupun kita sendiri bukan pandai melukis pun. Matlamat kita sebagai cikgu nak tengok mereka semua berjaya dunia akhirat kan? Jadi jom asah bakat mereka ye cikgu.. Usah di perlekeh-lekehkan apa yang mereka buat..Adakala saya sedih la...ada di antara cikgu yang suka memperlekeh usaha pelajar. 
    Pernah tak cikgu dengar dialog :
        " Mana ada epal warna biru? Berapa kali cikgu cakap epal warna hijau,merah je....
        "Lukis macam cikgu lukis kat papan hijau tu je...
    Kalau boleh la kan jaga tutur bahasa kita dengan pelajar cikgu..Mereka dalam proses BELAJAR..
    Usah hadkan bakat mereka,sentiasa bagi kata-kata motivasi pada pelajar ye cikgu..Paling penting usah terlalu memuji sesetengah pelajar yang kita rasa prestasi baik di dalam kelas.. Pujian tu perlu tapi jangan keterlaluan..
       Tujuan aktiviti ni perlu dilaksanakan :

    • memupuk bakat pelajar
    • memberi ruang pelajar  berimaginasi  menerusi karya
    • memberi keseronokan apabila aktiviti ini di laksanakan sekaligus menarik kedatangan pelajar hadir ke sekolah.
    • mereka dapat mempelajari pelbagai kemahiran melalui aktiviti ini antaranya menampal,melipat(origami),menggunting dan lain-lain 
    • memupuk sikap kerjasama,toleransi,sabar dan sebagainya  
    Pastikan setiap aktiviti yang di laksanakan bersama-sama pelajar berkualiti,ada sedikit info selari dengan tema bulanan.Selitkan juga sedikit nilai-nilai murni,ilmu sains dan islamik.
    Contoh : Subhanaallah... Allah cipta udang pelbagai bentuk dan warna.Haiwan yang mempunyai banyak kaki hidup di dalam air.Rezeki buat nelayan untuk di pasarkan kepada kita di pasar. Ibu beli udang untuk sajian kami..Syukur,Alhamdulillah. Saya dapat merasai nikmat kurniaan Allah.

    Contoh  bagi panduan pelajar berimaginasi




















    Cikgu kena tunjuk contoh hasil kerja cikgu pada pelajar bagi memudahkan proses mereka untuk mengolah hasil kerja seni mereka dengan bantuan cikgu yang bertutur bahasa yang baik. Bukan bahasa je kena jaga malah pergerakan kita pun mereka perhati cikgu... Teruskan memberi galakan yang membina semangat untuk pelajar-pelajar kita cikgu.... 

    Nyanyian
     Semua suka pada alunan dan irama muzik kan?
    Jom kita kongsi bagaimana nyanyian memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran pelajar di tadika.
    Ia bukan saja hiburan bagi pelajar malah kita juga boleh menyelit pelbagai maklumat menerusi nyanyian.Namun ia harus lah bersesuaian dengan tahap usia pelajar di tadika.
    Tujuan nyanyian di tadika :


    • ia dapat mencungkil dan mengasah bakat pelajar
    • membina dan meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar
    • menjadi hiburan antara cikgu dan pelajar
    • mereka boleh belajar menyebut suku kata secara tidak langsung
    • salah satu daya tarikan agar pelajar hadir ke tadika
    • menerusi nyanyian ia dapat pelajari ilmu sains,islamik,matematik serta bahasa

    Sampai sini dulu..InsyaAllah ada ruang waktu kita kongsi lagi ilmu dalam memberi pendidikan pada kanak-kanak di tadika. Setiap ilmu yang sentiasa dikongsi,insyaAllah Allah berkati. Jupe lain episod ye :)












    Tuesday, 24 June 2014

    Proses pembelajaran di tadika..


    Kanak-kanak perlu di beri pendedahan yang baik dari segi  cara komunikasi,pergaulan,memupuk minat serta memberi tunjuk ajar yang positif.
    Kebiasaannya mereka masih belum bersedia untuk memasuki fasa alam persekolahan.
    Cikgu perlu memainkan peranan untuk memupuk minat kanak-kanak hadir ke tadika... 
         Bermain sambil belajar!!
    Pastikan aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan tahap  umur kanak-kanak di tadika serta sentiasa memastikan aktiviti yang akan dilaksanakan selamat,bersih dan lokasi yang sesuai.  Sudut bacaan,sains,agama,hasil seni,matematik dan ruang bermain di dalam tadika akan memberi kelainan suasana dalam proses pembelajaran.
    Kebiasaannya aktiviti seni amat di minati oleh kanak-kanak kerana mereka diberi sedikit kebebasan melukis,mewarna,menampal dan sebagainya..Jadi ruang/sudut yang bersesuaian memberi impak kepada cikgu dan pelajar.. Senang cakap...budak tak bosan dalam proses pembelajaran mereka..

    Bahan Bantu Mengajar yang dapat membantu proses pembelajaran di kelas cikgu..sekadar perkongsian dari saya..Sebahagian yang saya perolehi di pasaran serta sebahagian yang saya buat sendiri...
    Di harap ia boleh membantu cikgu mencari idea untuk proses mengajar di kelas tadika. :)

    Puzzle
    Ia membantu mempercepatkan proses menulis bagi kanak-kanak yang belum mahir memegang pensel dengan cara yang betul.Permainan ini bukan saja menyeronokkan,memberi info serta ia juga mempunyai teknik tersendiri untuk memegangnya. Ia menggunakan kaedah 3 jari iaitu ibu jari,telunjuk dan jari tengah untuk bermain!!!
    Puzzle merupakan salah satu kaedah untuk mempercepatkan proses memegang pensel selain kaedah bermain "playdough".                                                                                
    Puzzle
    Anda pernah lihat kanak-kanak pegang pensel sebegini?
      


     

    Flash Cards (Kad Imbasan)
    Kad imbasan bertujuan memberi maklumat kepada kanak-kanak.
    Mengapa tulisan kad imbasan berwarna "MERAH"?
    Ini kerana warna merah merangsang otak kanak-kanak dengan baik. Cuba kita lihat lampu isyarat merah,kenderaan pasti berhenti kan? Begitu juga proses untuk kanak-kanak belajar.Namun begitu kaedah ini memerlukan teknik mengimbas kad tersebut secara betul... Insyaallah,akan saya paparkan teknik memegang,mengimbas dan menyebut kad imbasan pada slot lain.. :)

    Flash Cards


















    Lacing Cards
    Nampak menarik kan?

    • dapat melatih kanak-kanak fokus dengan baik
    • melatih tahap kesabaran
    • kemahiran asas untuk menjahit,memakai tali kasut
      bagi kanak-kanak
    • konsep bahasa yang dapat dipelajari : atas , bawah (up,down)
    • teknik 3 jari berperanan melatih jari jemari kanak-kanak untuk persediaan menulis abjad/huruf
    • mengenali warna,bentuk dan menarik perhatian setiap kanak-kanak untuk bermain sambil belajar
    Cikgu boleh buat sendiri "lacing cards" ni.. :)
    Boleh guna kad manila tebal.. lakar bentuk yang bersesuaian kemudian tebuk lubang di bahagian tepi.
    Usah hadkan kreativiti anda!!! Kita juga ada ruang untuk berkarya cikgu,namun begitu ia perlu selari dengan tema bulanan.. Jangan lupa tu..hehehee.


    Lacing Animals




















    Memudahkan cara memakai tali kasut sendiri :)























    Secara tidak langsung kanak-kanak belajar :

    • mengurus diri sendiri untuk memakai kasut
    • mendisiplinkan diri
    • memperolehi ilmu secara bermain tanpa mereka sedar bahawa itu satu proses/teknik untuk persediaan menulis  

       Sampai di sini dulu ye..nanti saya akan paparkan teknik / kaedah penulisan abjad yang betul bagi kanak-kanak di tadika.. ;)






































    Wednesday, 21 May 2014

    Aktiviti di tadika...


    Seronok dan gembira bila kanak-kanak di tadika mula mendapat ilmu yang kita ajar pada mereka.. Nak jadi cikgu tadika mulut kena buka luas tau..tapi tak perlu la sampai menjerit... amat memalukan jika seorang cikgu tadika terjerit2 sewaktu mengajar..
     Ingat,,,kita di beri amanah,tanggungjawab,serta itu merupakan saham akhirat kita kelak tu..
    Jadi beri la didikan yang elok selari dengan ajaran agama kita..Kanak-kanak itu permata!!! Sungguh berharga...tak semua orang mampu menggalas tanggungjawab sebagai guru yang baik..
     Tugas sebagai cikgu tadika begitu mencabar terutama di awal sesi persekolahan .Oleh itu kita mesti la cergas,cerdas dan sentiasa bijak mengawal emosi ketika sesi pembelajaran di tadika.Kanak-kanak suka bermain..meneroka...ingin tahu....ingin mencuba sesuatu yang baru...suka di puji... Jadi cikgu pun kena mahir la dengan kerenah anak-anak tadika.. baca profil mereka...Oleh sebab itu la ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran secara terperinci .... Cikgu perlu tahu tahap kesihatan,makanan kegemaran,minat dan lain-lain maklumat pelajar kita.. Ia akan memudahkan kita membuat sebarang rujukan sekiranya berlaku kecemasan di tadika.


    SENYUM...CERIA....BERFIKIRAN POSITIF....


















    Cuma nak berkongsi secebis pengalaman yang ada pada saya untuk semua cikgu tadika.
     Pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4,5 dan 6 tahun perlu di galas oleh guru tadika dengan penuh dedikasi..Mereka ibarat "span" yang mudah menyerap pelbagai ilmu yang kita ajar..
    Malahan kadang kala tingkah laku kita pun mereka sering perhati serta akan menjadi ikutan.
    Kebiasaannya mereka akan bercerita kepada ibu bapa setelah selesai waktu pembelajaran di tadika.
    Dari tutur bicara,lenggok bahasa,dialek dan cara kita sambut mereka setiap pagi pun akan di perhati serta di praktikkan di rumah..Jadi pesan saya pada semua,abaikan dialek sewaktu proses pengajaran di tadika..






    Aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosio emosi amat penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak di tadika..
     Cikgu pun kena la kreatif,bersemangat,ceria,senyum dan paling penting pandai nyanyi lagu yang bersesuaian dengan budak tadika...
    Tak pe la..suara x semerdu penyanyi tersohor pun,janji budak dapat ikut rentak,ada unsur moral,islamik dan sesuai dengan tema bulanan di tadika..hehehe
    Bila dah jadi cikgu tadika ni...kita kena buat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap umur budak tadika..kena melompat,menyanyi,merangkak dan sebagainya.. :) 
    Cuba ciptakan kenangan indah buat kanak-kanak di tadika..

    Aktiviti yang di laksanakan oleh saya bersama-sama  pelajar tadika..

    Mengenal anggota badan ikan
    Melabel dan sedikit info tentang ikan
    Kemahiran mewarna,menggunting dan menampal

    Kemahiran teknik lipatan(origami)




    Ni hasil budak-budak....cikgu sila beri tunjuk ajar dengan baik serta sabar. :) 
    Pelbagaikan aktiviti selari dengan tema bulanan dan perlu ikut buku rancangan mengajar..
    Terpulang pada tadika cikgu...mcm saya tadika swasta kebiasaanya ada "lesson note" yang di bekalkan oleh pihak pengurusan tadika.. :)